
5 Langkah Mudah Perkenalkan Huruf Hijaiyyah kepada Anak
Assalamualaikum…
Tidak dinafikan Al-Quran merupakan panduan terbaik untuk kita semua.Didiklah anak berlandaskan Al-Quran sejak dari dalam rahim ibu lagi. Di sini, saya ingin kongsikan cara mudah untuk bantu ibu-ibu perkenalkan Al-Quran kepada anak.
1. Mulakan sejak bayi di dalam kandungan.
-Perdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran
-Ibu selalu baca Al-Quran
2. Bagi bayi yang masih kecil, sentiasa perdengarkan ayat Al-Quran seperti ketika hendak tidur, ketika menyusu dan sebagainya
3. Perkenalkan huruf Hijaiyyah melalui LAGU
Bayi dan kanak-kanak memang sukakan muzik. Pasang lagu Hijaiyyah semasa dalam kereta bagi ibu-ibu yang bekerja.
Bagi suri rumah, pasangkan di tv / laptop sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pasti anak akan fokus dan seronok.
InsyaAllah, lama kelamaan dia akan ikut menyanyi yang secara tidak langsung sebenarnya dia mula mengenali huruf hijaiyyah.

Kegunaan kad imbas sangat praktikal. Anda boleh beri anak anda kad imbas tersebut dan biarkan dia “bermain”dengan kad imbas tersebut. Sifat ingin tahu akan buat dia “bertanya” kepada kita apa ini, apa itu. Di sini, kita ambil peluang dengan memberitahu “ini Alif sayang. Cuba sebut..Alif” Luangkan masa dengan anak sekurang-kurangnya sekali sehari untuk “bermain”dengan kad imbas.
5. Cipta PERMAINAN supaya sesi pembelajaran lebih menyeronokkan
Anda boleh buka Lagu Hijaiyyah di tv/laptop, kemudian susun KAD IMBAS. Apabila lagu dimainkan, minta anak anda mencari kad imbas yang sama dengan lagu sambil menyebut dengan kuat huruf tersebut. Pasti seronok.
Terdapat pelbagai permainan lagi yang boleh dimainkan. Anda bolehlah cari di internet. Ramai ibu-ibu yang berkongsi.
Ini adalah langkah permulaan yang mudah boleh anda lakukan dalam memperkenalkan huruf Hijaiyyah kepada anak anda.
Semoga berjaya !