7 TIPS SUPER MUDAH AJAR ANAK DI RUMAH

Assalamualaikum…

hari ni admin nak share cara admin ajar anak admin, Iris di rumah.. Sebenarnya admin bukanlah seorang yang mempunyai pengalaman luas dalam homeschooling ni. Admin hanya buat cara admin, dibantu dengan artikel-artikel yang admin baca dan search kat google tu je… Admin juga buat masa ini tidaklah 100% (maksudnya konsisten) buat homeschooling ni..sebab admin tengah berusaha untuk buat jadual konsisten, tapi ade jer dugaan..hihi… tapi admin akan pastikan setiap hari Iris akan “belajar”. At least ada sesuatu yang di belajar. Jadual admin juga bergantung kepada keadaan. Di buat secara santai, tengok mood Iris dan juga mood admin juga

1. Mulakan dengan FLASHCARD
Pada permulaan, admin mulakan dengan dedahkan dia dengan flashcard.. Banyak koleksi flashcard Iris ada.. walaupun Iris dan ada flashcard ABC, admin still akan beli/print lagi flashcard ABC (of course yang berlainan design) untuk mengelakkan Iris bosan.. banyak flashcard di pasaran dan ada juga blogger yang bermurah hati berikan sebagai free printable. Tinggal rajin ker tak untuk cari, print dan laminate jer.. kalau flashcard bergambar, admin ajak Iris bercerita dan berimiginasi. Iris akan berimiginasi dan buat cerita dia sendiri mengikut gambar yang dia tengok. Flashcard sure akan bersepah..so biarkan je.. nanti boleh kemas

Tengok koleksi flashcard di sini: http://myiriscollections.com/product-category/kad-imbas/

2. Belajar dengan AUDIO / VIDEO
Iris seorang yang suka dengan lagu, tonton video… jadi dah dia suka, admin pun bagi dia dengar dan tonton video pembelajaran. Antaranya lagu fonik, lagu nasyid tentang Islam, zikir dan lain-lain. Percaya atau tidak, ini sangat membantu Iris. Membantu Iris cepat menghafal, mengingat huruf, doa atau apa sahaja. Jadi, apa yang dia belajar guna flashcard tu boleh di “relate”kan dengan lagu/video yang didengar. Sambil dia bermain juga boleh dengarkan.

Jom lihat koleksi audio & video pembelajaran di sini : http://myiriscollections.com/product-category/vcd-pembelajaran-anak/

3. Belajar dengan POSTER
Admin lekatkan poster di dinding, tempat kegemaran dia.. Tak payah suruh nanti dia pergi sendiri sambil baca poster. Bagus untuk ulangkaji. Biarkan dia biasa tengok.

4. Banyakkan MEMBACA buku cerita SIMPLE dan BERGAMBAR
Admin banyakkkkkk belikan story book untuk Iris.. Iris memang suka sangat baca buku cerita.. Sambil baca admin boleh perkenalkan perkataan baru..boleh ajak iris bercerita mengikut gambar. Membaca juga boleh dijadikan sebagai bonding time dengan anak.

Lihat siri cepat membaca di sini : http://myiriscollections.com/product-category/siri-cepat-membaca/

Lihat koleksi buku kanak-kanak di sini : http://myiriscollections.com/product-category/buku-kanak-kanak/

5. BERMAIN juga adalah BELAJAR
Iris juga suka dengan mainan / toys. Budak-budak kan..Nature memang macam tu. Apa yang admin buat ialah beri dia main mainan edukatif / educational toys, di samping toys lain…Mainan edukatif macam blocks, lego, playdoh, dan macam-macam lagi. Iris suka sangat dengan mini figurine dan doll house. Tak pa, itu pun boleh buat dia belajar. Belajar kira berapa mini figurine dia ada, doll house pulak boleh kembangkan creativity dan imiginasi dia.. sambil main tu mulut dok buat cerita, buat aksi..comel betul.. Playdoh pulak baik untuk motor skill dia. Banyak aktiviti boleh buat guna palydoh. Belajar ABC, 123 dan Alif Ba Ta pun boleh guna playdoh tau.. boleh search di internet.

Pelbagai pilihan mainan edukatif di sini : http://myiriscollections.com/product-category/mainan-edukatif/

6. BIARKAN ANAK CONTENG
Conteng adalah salah satu fasa anak belajar menulis. Admin sejak umur satu tahun lagi dah berikan Iris pensil atau warnadan kertas untuk dia conteng. Sampai dinding,almari baju, cadar pun conteng. Tak apa la…tak kesah… sebab sekarang Iris dan pandai menulis dengan cantik… Alhamdulilah..Admin juga belika dia whiteboard untuk dia menulis disamping beberapa produk yang boleh tulis berulang kali. Macam flashcard tulis dan padam. Boleh tulis atas flashcard tu guna whiteboard marker, kemudian hanya padam guna tisu, nanti boleh tulis lagi..

7. READING & PLAYING AREA yang MENARIK
Baru-baru ni admin cuba deco sikit reading & playing area Iris. Alhamdulilah Iris suka. Ini secara tidak langsung dapat buat dia teruja nak belajar.

Mahu admin bantu produk yang sesuai untuk anak anda??
Jangan malu atau segan, PM atau sms/wasap di 011-32695137. InsyaAllah admin akan bantu setakat terdaya guna pengalaman yang tak seberapa ni.

Terima kasih.

http://myiriscollections.com/

IMG_20150529_190125 08-TESTI-KOLEKSI-3-KAD-IMBAS-9 11295929_10207089874395189_8864571291482016465_n 20151001183300 11182164_10206789633569356_5647102827960914201_n

1620773_10205701042635263_4416230787529214867_n 11143498_10207270014178571_5922635264163670995_n 11246264_10206887433654297_3797506035730358559_n 11904734_10207837758611827_296059213924269360_n 20141024_094120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.