Senarai Semak Balik Raya

Balik Raya List!!!
Sempena nak balik ke kampung sempena Hari Raya, plan baik-baik ya supaya perjalanan lancar, kita pun bertolak dalam keadaan tenang. InsyaAllah.. Saya share list saya ya 😘

1. HandBag Ibu
✔ Busy Kit Iris (paling mudah buku kecil, pensil, colour.. macam saya print coloring pages bersaiz kecil, boleh juga print game mcm maze, hidden things, etc)
✔ Kit Kecemasan Balm Tasneem Naturel

✔ Migraninegone Ibu, panadol
✔ Wet tissue & handkerchief
✔ Pad, pantyliner, telekung
✔ Sufficient cash + purse with all necessary documents
✔ Power bank
✔ Duit Raya
✔ Mosquito / insect repellent (ini berguna kalau pergi rumah yg banyak nyamuk, kena bersedia)

2. Dalam Beg Baju Besar
✔ Pakaian raya
✔ Pakaian harian 4 pasang
✔ Pakaian jalan2 2 pasang
✔ Laundry bag (untuk baju kotor)
✔ Toiletries + Make up
✔ Mosquito / insect repellent
✔ Charger & extension cord

3. Standby dalam Kereta
✔ Busy Box Iris (story book, playdoh & clay, toys, sticker book, coloring book, activity book & video cartoon(pilihan terakhir, standby dalam hp ibu)
✔ Radio + lagu dlm pendrive + earphone
✔ Smart tag + TnG dah topup siap2 + petrol full
✔ Jumper kereta + air
✔ Snack, air + Nescafe, chewing gum (untuk driver..hehe)
✔ Selimut + bantal
✔ Plastic sampah, Tisu
✔ Pampers (walaupun Iris dah tak pakai, tp standby in case tgh2 jalan nak buang air ke..hehe)

Sebelum bertolak pulak
✔ Pastikan cabut semua plug dan tutup semua suis.. if possible main switch
✔ tutup dan cabut kepala tong gas
✔ Buang sampah
✔ Baju di ampai semua dah angkat
✔ Pastikan sinki kosong, clean and clear!
✔ Semua phone fully charged, power bank pun dah charged!
✔ Sebelum keluar rumah, baca al Fatihah, ayat Kursi, dan lafaz lah “Ya Allah, aku serahkan rumah ini dan segala isi di dalamnya dibawah jagaanMu.” InsyaAllah rumah akan selamat.
✔ Berniat nak buat Jamak Qasar

Mudah-mudahan perjalanan selamat dilindungi Allah.
Amin..

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.
Abah, Ibu & Iris.
www.myiriscollections.com

2 Comments to Senarai Semak Balik Raya

  1. Terima kasih Pn Wan! Berguna juga jika nak musafir jauh. Lagi-lagi nak cuti sekolah ni 😃

    • Admin says:

      Sama-sama Puan Aina 🙂 Jadi mak2 ni memang rasa nak bawak satu almari kan…
      Nanti suami atau anak2 mintak ada ja..hehe… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.