Tip Memilih Mainan Untuk Anak Speech Delay

Assalamualaikum. Hari ini saya nak berkongsi pemilihan mainan untuk anak yang disahkan speech delay oleh pakar.

Alhamdulilah, perkongsian berguna dari Puan Izanaa seorang speech therapist.

Apa itu speech delay?

What is speech delay?
“Language delay is when a child’s language is developing in the right sequence, but at a slower rate. Speech and language disorder describes abnormal language development. Delayed speech or language development is the most common developmental problem. It affects five to ten percent of preschool kids. ”

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi speech delay ni. Tapi saya tak anak huraikan kat sini.

Menurut Puan Izanaa kebiasaannya, terdapat 6 tahap anak lambat bercakap mengikut kemahiran asas

1. Eye contact
2. Daya tumpuan
3. Mengambil giliran – boleh pasing bola, pasing mainan kepada org lain
4. Meniru – meniru apa yang kita cakap
5. Menyesuaikan gambar – memadankan gambar dengan objek, objek dengan objek dan sebagainya
6. Bermain

Baik, untuk anak yang disahkan speech delay, jika ada yang mencari mainan yang sesuai, pertama sekali mesti tahu
“Apakah target therapist untuk anak tersebut”

Adakah :
Nak melatih eye contact dengan orang lain?
Nak anak lebih fokus?
Nak anak boleh bermain bersama kawan- kawan?
dan lain-lain

Baik, di bawah ini ialah cadangan mainan untuk anak speech delay.

KNOB PUZZLE
http://myiriscollections.com/product/set-knob-puzzle/

Untuk permulaan, jangan beri puzzle huruf, nombor atau alif ba ta dahulu. Pilih yang berlatar belakang kosong dan tidak serabut.

Antara kebaikan bermain knob puzzle
Melatih daya tumpuan anak
Melatih anak develop motor halus
Melatih mengenal gambar dan menyesuaikan gambar
Meniru bunyi

LACING BEAD
http://myiriscollections.com/product/lacing-bead/

Mainan ini untuk latih anak mengenal objek/benda, melatih fine motor anak memasukkan tali di dalam lubang.

WOOD CUTTING FRUIT AND VEGETABLE
http://myiriscollections.com/product/wood-cutting-fruit-and-vegetable/

Mainan ini untuk latih anak dapat menyamakan objek,meminta objek dan mengenal warna/ objek.

GENIUS BOTTON ART
http://myiriscollections.com/product/genius-button-art/

Melatih daya tumpuan anak, mengenal warna
Ibu boleh bermain dengan anak, untuk melatih kemahiran menunggu giliran. Ibu masukkan dulu button, selepas tu baru anak.

MUSHROOM NAIL
http://myiriscollections.com/product/animal-mushroom-nail/

Untuk pemilihan buku, sebaik nya buku yang keras kerana mudah untuk anak membelek buku.
Cerita yang simple/mudah
Gambar yang tidak serabut

PENTING!!!!
Apa jua mainan dan buku yang di beli untuk anak, PERLU ADA PENGLIBATAN IBU BAPA. Mudah kata ibu bapa mesti bermain bersama anak, berinteraksi. Jangan biarkan anak bermain serorang diri!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.