Bagaimana Seronok Belajar Membaca dengan Kit Seronok Membaca
Assalamualaikum ibu ayah yang mempunyai anak anak yang sedang belajar membaca dan menulis….InSya Allah hari ini saya akan menunjukkan bagaimana cara-cara untuk menggunakan KIT SERONOK MEMBACA.
PERINGATAN PENTING :
Sebelum itu, saya ingin memberitahu DUA PERINGATAN YANG SANGAT PENTING kepada ibu bapa sekalian.
1. Perkara paling penting yang perlu saya ingatkan di sini ialah,
IBU BAPA perlu TURUT SERTA dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam kit ini. PENGLIBATAN IBU BAPA amat diperlukan untuk menjadikan KIT ini LEBIH EFEKTIF DAN MENYERONOKKAN. Jadi, IBU BAPA haruslah MELUANGKAN SEDIKIT MASA untuk anak-anak ya!
2. Perkara kedua yang perlu diingatkan ialah, KIT ini adalah merupakan ALAT BANTU MENGAJAR untuk melakukan PELBAGAI JENIS AKTIVITI, dalam usaha menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Jadi, ibu bapa tetap perlu menyediakan buku modul bacaan untuk anak-anak. Terdapat beberapa keluaran modul bacaan dipasaran.
Baiklah, jika IBU BAPA semua telah faham tentang PERANAN masing-masing, dan mengetahui FUNGSI KIT ini sebagai BAHAN AKTIVITI; mari kita lihat apakah yang ada di dalam kotak KIT SERONOK MEMBACA ini.
APA YANG TERDAPAT DI DALAM KIT INI :
• 6 bekas clay pelbagai warna
• Pelbagai aksessori untuk clay
• Panduan membentuk clay
• 52 keping Kad Huruf kecil berwarna-warni
• 48 keping Kad Imbas bercetak depan belakang
• Sebuah Buku Panduan Ibu Bapa
• Sebuah Buku Aktiviti
• 13 keping Kad Menulis boleh tulis dan padam, bercetak depan belakang
• Sekeping Kad Aktiviti boleh tulis padam
• Sticker dengan 30 gambar menarik
• Sekeping Poster abc bersaiz A4 untuk dilekatkan pada dinding atau dibawa kemana-mana sahaja
Ok, sekarang kita sudah mempunyai set lengkap KIT SERONOK MEMBACA.
Mari kita mulakan dengan langkah paling ASAS untuk mula mengajar anak-anak membaca di rumah.
LANGKAH ASAS:
1. Ambil BUKU MODUL BACAAN YANG TELAH ANDA SEDIAKAN untuk anak-anak. Kami memilih untuk menggunakan Siri Bacalah Anakku.
2. Lihat kepada huruf pertama yang diperkenalkan dalam buku modul bacaan. Contohnya, dalam buku modul bacaan kami ini, huruf pertama yang diperkenalkan ialah huruf “a”. Huruf yang kedua, huruf “I”. Manakala huruf ketiga, huruf “u”. Anda perlu tahu bahawa kita tidak semestinya mengajar anak mengikut turutan a,b,c,d,e,f,g,…z. Jadi, untuk memudahkan anda, ikut sahaja turutan yang terdapat pada buku modul bacaan yang anda beli.
3. Perkenalkan huruf pertama kepada anak anda.
Secara ringkas, terdapat 3 kaedah untuk mula mengajar anak-anak membaca.
Kaedah 1: Kaedah fonik
Bagi kaedah fonik, anda hanya perlu sebut bunyi huruf tersebut untuk terus memperkenalkan bunyinya. Teorinya ialah, belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara lambang yang dilihat dengan bunyi yang perlu disebut. Kaedah ini menekankan bahawa setiap huruf mempunyai bunyi-bunyi tertentu.
Contohnya, sebaik sahaja anak anda melihat huruf “a”, dia akan terus menyebut bunyi “aaa”. Apabila melihat huruf “b”, dia akan terus menyebut bunyi “beh”.
a = aaa
b = beh
c = ceh
d = deh
e = eh
f = feh
g = geh
h = heh
i = iii
j = jeh
k = keh
l = el
m = em
n = en
o = ooo
p = peh
q = qeh
r = rer
s = sss
t = teh
u = uuu
v = veh
w = weh
y = yeh
z = zeh
Kaedah 2: Kaedah Abjad
Bagi kaedah abjad, ini adalah kaedah klasik. Seperti zaman ibu ayah belajar membaca dan mengeja dulu-dulu. Mengikut kaedah ini, huruf a hingga z (mengikut turutan) akan diperkenalkan terlebih dahulu. Jadi, anak-anak akan mengenal nama huruf sahaja (tanpa mengetahui bunyinya). Setelah betul-betul mengecam dan mengenal nama huruf, barulah mereka diperkenalkan dengan bunyinya. Kebiasaannya, bunyi huruf vokal akan di ajar terlebih dahulu.
Contohnya: a, aaa ; i, iii ; u, uuu ; o, ooo ; e, eee
Kemudian, barulah diajarkan cara membunyikan huruf konsonan dengan menggabungkan huruf konsonan dan vokal.
Contohnya:
b-a, ba ; b-i, bi ; b-u, bu ; b-o, bo ; b-e, be
c-a, ca ; c-i, ci ; c-u, cu ; c-o, co ; c-e, ce
d-a, da ; d-i, di ; d-u, du ; d-o, do ; d-e, de
f-a, fa ; f-i, fi ; f-u, fu ; f-o, fo ; f-e, fe
g-a, ga ; g-i, gi ; g-u, gu ; g-o, go ; g-e, ge
h-a, ha ; h-i, hi ; h-u, hu ; h-o, ho ; h-e, he
j-a, ja ; j-i, ji ; j-u, ju ; j-o, jo ; j-e, je
k-a, ka ; k-i, ki ; k-u, ku ; k-o, ko ; k-e, ke
l-a, la ; l-i, li ; l-u, lu ; l-o, lo ; l-e, le
m-a, ma ; m-i, mi ; m-u, mu ; m-o, mo ; m-e, me
n-a, na ; n-i, ni ; n-u, nu ; n-o, no ; n-e, ne
p-a, pa ; p-i, pi ; p-u, pu ; p-o, po ; p-e, pe
q-a, qa ; q-i, qi ; q-u, qu ; q-o, qo ; q-e, qe
r-a, ra ; r-i, ri ; r-u, ru ; r-o, ro ; r-e, re
s-a, sa ; s-i, si ; s-u, su ; s-o, so ; s-e, se
t-a, ta ; t-i, ti ; t-u, tu ; t-o, to ; t-e, te
v-a, va ; v-i, vi ; v-u, vu ; v-o, vo ; v-e, ve
w-a, wa ; w-i, wi ; w-u, wu ; w-o, wo ; w-e, we
x-a, xa ; x-i, xi ; x-u, xu ; x-o, xo ; x-e, xe
y-a, ya ; y-i, yi ; y-u, yu ; y-o, yo ; y-e, ye
z-a, za ; z-i, zi ; z-u, zu ; z-o, zo ; z-e, ze
Kaedah 3: Kaedah Pandang dan Sebut
Bagi kaedah ini, anak-anak hanya perlu mengenal abjad a hingga z terlebih dahulu. Kemudian, mereka akan diminta untuk terus mengingat pola-pola sukukata yang terdapat dalam Bahasa Malayu. Uniknya Bahasa Melayu adalah kerana pola-pola sukukatanya jelas dan tidak mustahil untuk dihafal oleh anak-anak kecil. Mereka hanya perlu menmengecam dan menghafal tulisan serta gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf; lalu menyebut terus bunyinya.
Contoh:
Gabungan dua huruf: ba bi bu bo be
Gabungan tiga huruf: ban bin bun bon ben
Gabungan empat huruf: bang bing bung bong beng
Ibu bapa boleh memilih mana-mana kaedah membaca yang sesuai dengan anak-anak. Bukan semua anak-anak boleh belajar menggunakan kaedah fonik. Jadi, jika mereka tidak dapat menguasai kaedah 1, cuba kaedah 2 pula. Jika tidak dapat kaedah 2, cuba pula kaedah 3.
Jangan mudah berputus asa dan mengalah ya! Ingat, usaha tangga kejayaan!
Ibu bapa juga perlu ingat, membaca adalah satu proses pembelajaran. Proses memerlukan masa. Boleh jadi ia memerlukan masa yang lebih panjang daripada kebiasaan. Teruskan mencuba dan bersabar, ya!
Baiklah, sekarang kita akan teruskan dengan langkah-langkah untuk menggunakan kit ini.
Setelah ibu bapa memperkenalkan huruf pertama kepada anak-anak, teruslah lakukan aktiviti-aktiviti menarik yang berkaitan dengan huruf yang dipelajarinya.
Saya nasihatkan supaya ibu bapa bermula dengan satu huruf satu hari. Anda perlu ingat bahawa anak-anak kecil mempunyai fokus yang amat terbatas. Jadi, mereka hanya akan dapat memberikan perhatian dalam tempoh yang singkat.Manfaatkan tempoh yang singkat itu sebaiknya dengan melakukan aktiviti-aktiviti berlainan supaya mereka tidak cepat bosan.
LANGKAH 1:
Baca buku panduan ibu bapa yang terdapat dalam kit ini. Fahami kandungannya. Jika anda masih memerlukan idea-idea dan tips-tips yang lebih menarik, boleh juga memuat turun panduan di: (link dropbox) . Kami menyediakan panduan online secara percuma!
LANGKAH 2:
Sediakan suasana belajar yang kondusif dan bersih supaya anak-anak selesa untuk belajar. Pastikan juga segala jenis perkara yang boleh mengganggu proses pembelajaran tidak berada berdekatan dengan anak-anak (contohnya: gadjet, tv, permainan dan makanan). Sediakan jadual belajar yang tetap untuk anak-anak belajar supaya mereka lebih bersedia. Maklumkan lebih awal (malam sebelumnya, atau beberapa jam sebelum mula belajar) kepada mereka bahawa ibu bapa akan melakukan sesuatu aktiviti dengan mereka.
LANGKAH 3:
Ambil kad menulis dan clay. Kemudian, minta anak anda membentuk huruf dengan menggunakan clay. Anda juga boleh meminta anak-anak membentuk clay untuk dijadikan objek yang berkaitan. Sila lihat buku panduan atau panduan online untuk idea-idea yang lebih menarik menggunakan clay!
LANGKAH 4:
Ambil kad menulis dan berikan white-board marker kepada anak anda. Minta anak anda mencantumkan titik-titik mengikut turutan nombor pada huruf tersebut. Latih mereka untuk menulis sambil menyebut bunyi huruf (kaedah fonik) ATAU menyebut nama huruf dan bunyinya (kaedah abjad). Pilih salah satu kaedah sahaja, supaya anak-anak tidak keliru.
Anda juga boleh bercerita tentang gambar objek yang terdapat pada kad menulis. Untuk idea-idea penceritaan yang menarik, sila baca buku panduan atau panduan online kami.
LANGKAH 5:
Ambil kad imbas dan kad aktiviti dan kad huruf yang terdapat dalam kit ini.
Tunjukkan kad imbas pada anak anda dan minta mereka beritahu apakah gambar yang mereka lihat dan minta mereka menyebut bunyi huruf (kaedah fonik) ATAU menyebut nama huruf dan bunyinya (kaedah abjad). Pilih salah satu kaedah sahaja, supaya anak-anak tidak keliru.
Kemudian, letakkan kad imbas pada ruang yang disediakan pada kad aktiviti. Minta anak anda mencari kad-kad huruf untuk membentuk perkataan seperti yang tertera pada kad imbas. Sila lihat buku panduan atau panduan online untuk idea-idea yang lebih menarik menggunakan kad imbas, kad aktiviti dan kad huruf!
Pelbagaikan aktiviti setiap hari supaya anak-anak tidak bosan dengan aktiviti yang sama berulang-ulang. Pembelajaran juga boleh jadi lebih menarik jika anda gunakan kad imbas ini untuk membuat ‘flip chart’ sukukata! Pasti anak-anak seronok!
Langkah 7:
Keluarkan Buku Aktiviti dan sticker yang terdapat dalam kit ini. Buka muka surat yang menunjukkan huruf yang anak anda pelajari pada hari tersebut. Sekali lagi diingatkan, anda perlu tahu bahawa kita tidak semestinya mengajar anak mengikut turutan a,b,c,d,e,f,g,…z.
Sekali lagi, tunjukkan huruf yang berwarna merah dan minta anak anda menyebut bunyi huruf (kaedah fonik) ATAU menyebut nama huruf dan bunyinya (kaedah abjad). Pilih salah satu kaedah sahaja, supaya anak-anak tidak keliru.
Bacakan kepada mereka objek apa yang bermula dengan huruf tersebut. Contohnya, “a”…ayam. Ini ayam. “a”…api. Ini api. Anda boleh bercerita tentang ayam dan bercerita tentang api kepada anak-anak. Pelbagaikan kaedah bercerita supaya mereka lebih teruja untuk mendengar.
Muka surat seterusnya memaparkan huruf dengan outline merah. Kali ini, anak-anak perlu menghiaskan huruf tesebut dengan mengikut kreativiti mereka. Ibu bapa perlu membantu mereka dalam memberikan idea-idea yang menarik untuk menghiaskan huruf tersebut. Sama ada menggunakan kaedah mewarna, mencorak, kolaj, atau apa-apa sahaja idea kreatif! Ingat, anda perlu pelbagaikan kaedah menghias supaya anak-anak akan sentiasa ternanti-nanti kaedah baru apakah yang akan dipraktikkan hari itu!
Aktiviti seterusnya adalah menampal sticker. Minta anak anda mencari gambar yang betul untuk ditampalkan pada ruang yang disediakan didalam buku aktiviti.
Akhir sekali, minta anak anda menyurih (menyambungkan titik-titik) untuk menulis huruf yang dipelajari pada hari itu. Latih mereka untuk menulis sambil menyebut bunyi huruf (kaedah fonik) ATAU menyebut nama huruf dan bunyinya (kaedah abjad). Pilih salah satu kaedah sahaja, supaya anak-anak tidak keliru.
Testimoni positive. Betapa gembiranya anak-anak 🙂
Boleh dapatkan Kit Seronok Membaca dengan MyIris Collections
http://myiriscollections.com/product/kit-seronok-membaca-edisi-eksklusif/
Berapa harga set kit ini
Maaf puan..out of stock.