Jom buat anak seronok sambut Ramadhan!

Assalamualaikum.. Semasa Ibu menulis ni, lagi 2 hari lagi nak masuk ke bulan Ramadhan. Alhamdulilah semoga kita dapat memperbanyakkan ibadah semasa bulan puasa ni ya.

Kebetulan pula, masuk je bulan puasa, cuti sekolah pun bermula. 2 minggu pulak tu.
Jadi ibu pun apa lagi, pening juga la awal tu fikir, hmmm kena cari banyak aktiviti ni untuk Iris.
2 minggu tu lama juga kan.. sayang kalau tak plan betul-betul.

Since masa cuti tu bulan Ramadhan, apa lagi plan aktiviti sempena Ramadhan la kan..
Alhamdulilah rezeki Iris dapat free copy MY RAMADHAN LAPBOOK dari chico.my. Lompat bintang ibu..hehe..

Sampai je hari tu, excited la Iris buka. Siap sebut wow..wow…boleh simpan barang kat sini la…
Ibu lagi teruja tau. Jom ibu kongsi apa MY RAMADHAN LAPBOOK ni.


Tengok betapa HAPPY nya dia 🙂

First yang ibu suka ialah KONSEP LAPBOOK. Jadi memang lain dari kit Ramadhan lain kat pasaran.
Konsep macam ni lebih menarik minat Iris. Ye la kalau buku biasa dah kan.. hari2 pun dia pegang buku. hehe..
Jadi secara tak langsung, dia punya keterujaan tu jadi lain macam.

Second kualiti kertas pun bagus, glossy gitu…

okay sekarang kita terus ke apa yg ada dalam MY RAMADHAN LAPBOOK ni?


Lapbook bahagian depan


Lapbook bahagian belakang

Okay, dalam lapbook tu ada banyak aktiviti menarik:
❣ Fasting Cycle Wheel
❣ Mini folio “What I like about Ramadhan”
❣ 5 Pillars of Islam craft activities
❣ Benefits of Ramadhan mini folio
❣ Virtues of Ramadhan mini folio
❣ Good Deeds Tree
❣ Ramadhan Award Chart

Lepas tu dalam lapbook tu ada satu bahagian macam poket untuk simpan bahan-bahan lain iaitu:

✔ Good Deeds Tree stickers
✔ Ramadhan Chart Award stickers
✔ Instructions manual and craft templates.
✔ My Ramadhan Journal
✔ My Ramadhan Sadaqah Envelope

Jadi sangat BEST kan setiap aktiviti kita tampal dalam lapbook tu. Jadi satu buku. Mudah refer untuk masa akan datang juga. Tak la bersepah. Nanti satu rumah mencari eh, mana fasting cycle wheel Iris.. Haa..kan masalah besar..hehehe

Yang best juga ada buku My Ramadhan Journal

Yang ini Ibu cadang nak tulis apa aktiviti Iris buat untuk hari tu. Kalau tak tulis boleh print gambar Iris buat apa then tampal. Haaa.. kan best tu..

Ini pula buku instruction dan craft templates.
Semua dah sedia, save masa ibu yang busy.

Nanti ibu share tau aktiviti Iris dengan MY RAMADHAN LAPBOOK ni kat facebook ibu. Pastikan follow ibu tau.
https://www.facebook.com/wannoormaziah

jangan lupa like page ibu juga ye:
https://www.facebook.com/MyIrisCollections/

Okay Iris balik sekolah, petang nanti nak mula buat satu aktiviti. Nak buat yang 5 Pillars of Islam craft activities!!! Mesti best!!

Jangan lupa follow kat facebook ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.